Awal Ashaari & Scha Alyahya dituduh mencuri? Isu ini ketika ini agak kerap diperkatakan oleh orang ramai apabila ada dakwaan dari beberapa pihak yang mengatakan pasangan ini terlibat dalam kes kecurian baju sempena pembukaan butik H&M baru baru ini.


Awal Yang ditemui sewaktu Jelajah ASK 2012 di E-Curve baru baru ini menjelaskan yang dirinya tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana mahu menjaga reputasi dirinya dan juga Scha Alyahya. Tapi jelas Awal lagi apa yang ingin di carinya ialah si penyebar fitnah.

Ujarnya “Sekarang ini cuma saya nak tahu daripada mana puncanya isu ini boleh tersebar sampai boleh mengaitkan diri saya dan juga Scha dalam hal ini. Siapa yang sampaikan, tu yang saya nak tahu sangat. Sebab ada yang kata blogger yang keluarkan cerita kata kami yang mencuri dan nak tahu juga siapa yang sebenarnya mencuri.”

Awal juga menjelaskan yang dirinya pada ketika ini tidak mahu pengambil apa-apa tindakan kepada si penyebar fitnah kerana mengangap ianya hal remeh temeh.

“Saya tak mahulah ambil sebarang tindakan kerana menganggap isu ini hanyalah isu remeh temeh, apatahlagi si penyampai cerita tidak mempunyai bukti yang sahih mengaitkan diri saya terlibat secara langsung dalam kes ini. Sebenarnya diorang pun cakap berdasarkan spekulasi semata-mata.

Jelas Awal lagi “Saya pernah mintak pihak H & M keluarkan kenyataan pasal berkaitan isu ini tapi diorang pun kata tak perlu nak bagi kenyataan apa-apa sebab benda tu tak terjadi. Dan saya hormati pendirian mereka, lagiupun syarikat tu besar dan hendak juga jaga kredibiliti diorang. Bagi saya benda macam ni tak menjejaskan kerjaya saya tapi boleh menjejaskan nama saya sedikit sebanyak kepada masyarakat.” -buahmulut

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top