BIARPUN telah berkahwin, Ashanty tetap menjaga bentuk badannya. Isteri kepada komposer dan penyanyi, Anang Hermansyah ini akan meluangkan masa untuk ke gimnasium hampir setiap minggu.

Bagaimanapun, dia tidak gemar ke gimnasium ditemani suaminya dan turut menghalang Anang ke sana kerana cemburu.
Benar saya melarangnya untuk turut serta. Saya bimbang dia akan tertarik dengan wanita di sana yang kebanyakannya hanya memakai pakaian sukan yang seksi.

“Saya cemburu sekiranya dia akan memerhatikan wanita di sana daripada bersukan bersama-sama,” ujarnya sambil ketawa.

Menyentuh soal cahaya mata, Ashanty berkata mereka sememangnya berharap untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin, namun masih belum ada rezeki.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top