8 Anggota Sindiket Cukai Jalan Ditahan Reman
IPOH – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap lapan lelaki bagi membantu siasatan kes memperbaharui cukai jalan kenderaan tanpa mengikut prosedur.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shamsol Azwa Martadza selepas pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Mohamad Zamazuwarey Zahari mengemukakan permohonan itu.
Kesemua suspek berumur antara 38 hingga 56 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh, Manjung, Taiping dan Batu Gajah bermula 8.30 pagi hingga 2.50 petang semalam.
Mereka dipercayai anggota sindiket yang menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan yang diseludup dan tamat tempoh melebihi setahun.
Mohamad Zamazuwarey ketika ditemui pemberita berkata, kesemua suspek dipercayai orang awam yang bergiat aktif sebagai orang tengah dalam kegiatan tersebut.
“Proses memperbaharui cukai jalan pemilik kenderaan perlu mengikut prosedur yang betul tetapi mereka (pemilik) guna sindiket ini yang menjalankan kegiatan perbaharui cukai jalan dengan cara ”mengelak” pelbagai prosedur,” katanya dan menambah ia menawarkan perkhidmatan kepada pemilik kereta dan motosikal. – BERNAMA
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda