Kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon cantik manis, Juliana Evans sudah lama bertebaran di Internet malah di media cetak sekalipun nama pasangan ini semakin hari semakin kerap diperkatakan.
Sebelum ini, mereka berdua pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta lokasi ketika dipertemukan buat pertama kali dalam sebuah filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng.
Namun begitu, tiada istilah cinta lokasi yang wujud antara mereka. Rapat memang rapat namun jarang ada sesi pertemuan yang dibawa keluar selain di lokasi penggambaran.
Zizan ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya bersama Juliana yang lebih mesra disapa Jue mengambil sikap jujur mengakui bahawa mereka berdua hanya kawan baik sahaja.
?Mana ada kami bercinta, kami tidak pernah menjalin hubungan cinta. Tetapi saya akui memang rapat dengan Jue selama ini.
?Hubungan kami tetap seperti biasa, tiada yang terlebih serta tiada yang terkurang semuanya biasa sahaja. Saya pelik apabila ada yang mengatakan saya sedang bercinta dengan Jue,” ujar Zizan yang kini semakin menjadi pilihan pengarah filem tempatan.
Tambah Zizan, ketika ini Jue juga sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dan mereka berdua agak jarang bertemu melainkan berhubung melalui telefon sahaja untuk bertanyakan khabar.
?Saya sekarang sibuk dengan kerjaya saya manakala Jue pula sibuk dengan pelajarannya. Pada hari raya baru-baru ini, Jue pulang ke tanah air namun saya tidak sempat untuk bertemu dengannya.
?Bohong jika saya tidak menghubunginya melalui telefon, dan dengan cara itu sahaja saya dengan Jue berhubung buat masa ini.
ami berdua memang tiada hubungan istimewa ketika ini, hanya pandangan orang sahaja yang menyatakan kami berdua menjalinkan hubungan cinta,” jelas Zizan. Sekiranya telah ditetapkan jodoh dia bersama Jue sebagai pasangan kekasih selepas ini, jelas Zizan itu semuanya adalah satu rahmat baginya.
?Kalau dah jodoh saya bersamanya. Saya akan terima seadanya, maunya tidak terima. Jue tersangat cantik jika nak dibandingkan dengan saya, untunglah saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Zizan pernah menjalinkan hubungan bersama bintang Akademi Fantasia musim keempat, Leez. Tetapi sudah hampir dua tahun mereka berdua memutuskan hubungan itu.
Punca sebenar hubungan mereka menemui titik noktah tidak diketahui umum namun, ramai yang menyatakan puncanya disebabkan oleh Zizan sendiri.
?Itu semua adalah ketentuan daripada Allah, bukan salah saya dan bukan juga salah dia. Orang hanya pandai bercakap yang menanggungnya adalah saya.
?Biarlah apa mereka nak kata yang penting saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya, saya pun dah lali dengan tuduhan yang diberikan terhadap saya selama ini,” katanya.
-www.utusan.com.my-



Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda