Majalah berbahasa Perancis memaparkan gambar kontroversi Kate yang akan menemui pembaca mulai esok.


LONDON – Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton mungkin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat penerbitan majalah Perancis berkenaan penggunaan foto kontroversi Kate.

Tindakan itu diambil kerana syarikat penerbitan majalah itu, Closer telah melanggar hak privasi mereka dengan mengambil gambar secara curi-curi ketika pasangan diraja itu bercuti di Provence, bulan lalu.


Menurut kenyataan Istana St James, yang mewakili kedua-dua figura diraja itu, gambar yang diambil dari jarak jauh itu merupakan satu perbuatan keterlaluan media dan paparazzi yang sudah diamalkan sejak era Puteri Diana lagi.

Pihak istana mengatakan paparazzi sudah melampaui batas lantas mencadangkan kepada pasangan itu memikirkan kemungkinan untuk menyaman majalah dan jurugambar mereka atas alasan melanggar hak privasi seseorang individu itu.

Secara tradisinya, keluarga diraja Britain tidak pernah mengambil tindakan undang-undang ke atas media, tetapi penyebaran gambar kali ini benar-benar keterlaluan sehingga boleh menjejaskan nama baik Duke dan Duchess of Cambridge.

Jurucakap istana menyatakan, “pasangan diraja itu berasa sangat sedih setelah mengetahui mengenai penerbitan foto kontroversi itu dan menganggap mereka sudah melampaui batas-batas sebagai seorang pengamal media.”

Menurut BBC, walaupun gambar yang diambil itu kelihatan kabur tetapi memang jelas ia merupakan kelibat kedua-dua figura diraja popular itu.

Sebanyak empat keping gambar dimuatkan dalam majalah itu dengan sebahagiannya memaparkan gambar Kate dalam keadaan tidak berbaju.

Pasangan diraja itu yang kini masih dalam rangka lawatan ke Asia Pasifik termasuk ke Malaysia sempena ulang tahun pemerintahan jubli intan Queen Elizabeth, mengetahui mengenai perkara itu ketika sedang menikmati jamuan minum pagi yang diadakan di Kuala Lumpur khas untuk lawatan mereka ke Malaysia.

Menurut wakil rasmi mereka, Putera William dan Kate berasa kecewa dan dukacita apabila hak privasi mereka dicerobohi pihak-pihak tertentu.

Penyebaran gambar itu berlaku sebulan selepas insiden yang menimpa adik ipar Kate, Putera Harry apabila gambar aksi nakalnya ketika sedang bercuti di Las Vegas tersebar meluas malah akhbar sensasi The Sun UK turut menyiarkan gambar terbabit walaupun ianya melanggar hak dan undang-undang privasi di sana.

Gambar kontroversi itu mula tersebar melalui laman gosip popular di Amerika Syarikat, TMZ.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top