Wanita Sanggup Potong Kaki Akibat Kemiskinan
China – Akibat kemiskinan hidup, seorang wanita yang menghidap penyakit misteri meminta supaya doktor memotong kakinya, memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membuat rawatan lanjut.
Liu Sau, mempunyai masalah limpa menyebabkan kaki kanannya membengkak hingga sebesar saiz kaki gajah.
Ia mula membesar sejak lima tahun lalu selepas Liu Sau melahirkan anak sulungnya.
Kini kaki itu lebih besar daripada saiz pinggang anak bongsunya.
Keadaan itu menyukarkan ibu kepada dua anak tersebut untuk bekerja.
Ia juga menyebabkan suaminya, Yang Yifa terpaksa melakukan kerja-kerja di rumah, walaupun lelaki berkenaan sendiri menderita penyakit batuk kering yang kronik.
Walaupun penyakitnya itu boleh diubati, namun Liu San bercadang mengambil langkah drastik dengan memotong kaki berkenaan.
“Mengekalkan kaki ini adalah pilihan yang terbaik namun kami tidak berupaya mengekalkan pilihan itu,’’ katanya.
Biarpun Liu Sau bercadang memotong kaki berkenaan, dia masih berdepan masalah untuk membayar kos pembedahan berkenaan.
Justeru apa yang diharapkannya agar ada hospital yang akan menawarkan pembedahan percuma memotong kaki tersebut.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.