Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagimenepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajibanmenutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda : “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya)telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnyamereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Tudung ‘Mickey Mouse’ Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-duatelinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebihteruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher
Tudung Lilit Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidakdilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidakdipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung ‘See Through’ Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipismenampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidakmemakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuhrambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar sepertijambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)
Tudung ‘Singlet’ Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat danlain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaranhukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadiperhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akanturun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikutkeperluan situasi.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda