Tony Jaa Turut Berlakon Dalam KL Gangster 2?
PEMINAT filem KL Gangster yang muncul filem Melayu paling berjaya di pawagam sehingga kini tentunya bersorak riang apabila baru-baru ini produser Datuk Yusof Haslam daripada Skop Production mengumumkan KL Gangster 2 pula akan dikeluarkan tidak lama lagi. Filem pertama dulu berjaya memungut kira-kira RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 panggung di seluruh negara. Kali ini, berapa la pula pungutannya nanti? Kita pakat tunggu tahun depan ya.
Khabarnya, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta.
Kalau tidak silap Cik Normah, ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan.
Lepas tu Cik Normah ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu? Biar betul?
Kalau benarlah apa yang Cik Normah dengar ini, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa. Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda