1. Sebelum pergi berziarah, maklumkan dahulu kepada anak dan minta mereka agar bersikap sopan nanti.
2. Ajar anak supaya bersalaman dengan tuan rmah ketika pergi berkunjung dan selepas pulang.
3. Apabila makan, ingatkan mereka supaya mengambil makanan yang perlu sahaja dan jangan berlebihan agar tidak membazir. Makan dengan tertib dan di tempat yang betul. Apabila selesai makan, kemas dan letakkan semula pinggan atau cawan di tempat yang sepatutnya.
4. Tegur anak-anak dengan cara yang berhemah dan mengawal setiap pergerakan anak-anak sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini seperti gelas atau piring pecah, minuman tumpah di atas karpet dan sebagainya. Jika bermain sekali pun, pastikan barang mainan tidak bersepah dan minta agar mereka mengemaskannya semula sesudah selesai main.
5. Ketika hendak pulang, pastikan anak-anak mengucapkan terima kasih dan jangan biasakan mereka meminta duit raya pada tuan rumah.
6. Jika anda membenarkan anak anda keluar bersama kawan-kawannya, pastikan anda menasihati dan memaklumkan kepada mereka adab-adab berkunjung di rumah jiran agar ridak menyusahkan tuan rumah.
7. Beri pujian kepada anak-anak sekiranya mereka dapat berperilaku sopan dan baik agar mereka rasa dihargai dan akan terus bersikap sopan jika berkunjung ke mana-mana.
sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda