1. Tidak kira sama ada anda baharu mula bekerja dengan gaji yang kecil, atau anda bekerja ambil upah atau berpangkat besar dengan gaji 6 angka setahun, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan wang jika anda mahu mengawal kewangan anda. Berbeza daripada tanggapan umum, menyediakan bajet bukan bermakna menghadkan perbelanjaan anda dan mengorbankan segala nikmat hidup. Menyediakan belanjawan sebenarnya membolehkan anda memahami berapa banyak wang yang anda ada, bagaimana wang anda dibelanjakan dan seterusnya merancang cara terbaik untuk memperuntukkan dana tersebut.


2. Senaraikan setiap perbelanjaan anda hari ini. Buat analisis untuk melihat sama ada anda boleh berjimat. Langkah ini mungkin membolehkan anda memperuntukkan lebih banyak wang untuk mencapai matlamat kewangan lain. Apabila anda telah meluangkan masa untuk menyediakan bajet, pastikan anda mengikutinya.

3. Belanjawan adalah seperti berdiet anda bermula dengan niat baik, tetapi selepas beberapa minggu, anda mula lalai dan tidak mengikut rancangan. Cuba gunakan tunai atau kad debit untuk mengawal perbelanjaan. Anda mungkin tergerak hati untuk menggunakan kad kredit, tetapi anda harus berdisiplin dan mematuhi rancangan yang telah ditetapkan.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top