Tanda-Tanda Wanita Mengalami Menopaus
Soalan:
Saya dah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan kini mempunyai 3 orang anak termasuk yang bongsu berusia 5 tahun. Sejak saya menyambut hari lahir ke-40, perangai saya semakin ‘moody’ bila kedatangan haid.
Saya kerap kali bergaduh dengan suami. Seringkali juga saya mudah menangis tanpa sebarang sebab. Suami ada beritahu, kemungkinan saya mengalami perubahan menopaus. Tetapi kitaran haid saya nampaknya masih teratur dan saya tak pula mengalami simptom-simptom menopaus yang lain.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan:
Ketidakseimbangan hormon yang dialami sewaktu kedatangan haid merupakan penyebab biasa yang boleh menjadikan anda ‘moody’ iaitu adakalanya marah-marah dan ada masanya berasa sedih dengan tiba-tiba. Ianya boleh berlaku ketika haid dan juga ketika pra-menopaus. Kadangkala fenomena ini juga boleh berlaku kepada wanita hamil.
Ada juga kemungkinan anda merasa emosional kerana umur pun dah masuk era 40-an. Walau apa pun sebabnya, masalah ‘moody’ ini boleh ditangani dengan amalan-amalan berikut:
Rehat secukupnya.
Makan secara teratur iaitu 3 kali sehari mengikut diet yang seimbang.
Elakkan pengambilan kafein.
Elakkan gula-gula dan manisan.
Bersenam secara berkala. Misalnya berjalan dengan pantas 4 kali seminggu (lebih elok ajak suami dan anak-anak untuk turut serta).
Lakukan senaman sambil bersosial, misalnya aerobik. Senaman akan mengeluarkan sejenis hormon yang menggembirakan.
Rapatkan diri dengan suami, pilihlah beliau sebagai tempat mencurah perasaan. Suami pula peru melapangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.
Banyak berdoa untuk kelapangan minda.
sumber
jgn la bt suami mcm tu nnti dia bosan kang
BalasHapus