natasha hudson kahwin carleed khaza1 Tahniah! Natasha Hudson Hamil Sebulan

Tahniah! Natasha Hudson Hamil Sebulan


Pasangan merpati dua sejoli Natasha Liana Hudson, 30, dan suaminya Carleed Khaza, 33, menerima khabar gembira apabila mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi.
Khabarnya doktor telah mengesahkan kandungan Natasha kini berusia sebulan minggu lalu.
Dia begitu teruja dengan kandungan pertamanya itu bersama Cerleed.


Pasangan ini telah berkahwin pada April 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa wang hantaran dan majlis resepsi.
Sebelum ini, Natasha pernah dua kali berkahwin namun gagal di pertengahan jalan.
Perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada bulan September 2006 hanya bertahan selama empat bulan saja.
Manakala, perkahwinan keduanya bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 bertahan selama dua tahun.
Pada perkahwinan kedua mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.
Sehingga kini Natasha enggan mengulas punca sebenar penceraiannya kepada sesiapa pun.
Walaupun begitu, marilah kita doakan agar perkahwinan pada kali ini akan kekal buat selamanya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top