Keranda jenazah Adzreen Dimyati yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Russia diusung ke dalam Surau Al-Iman untuk disembahyangkan di Presint 9 di sini hari ini.
 
PUTRAJAYA – Suasana pilu menyelubungi surau Al-Iman di Presint 9 di sini sebaik ketibaan jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Russia, Ahad lepas.
Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di surau tersebut kelihatan sayu sebaik jenazah tiba jam 12.40 tengah malam tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai, bersama mayat seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Hanisah Muhd Shah.
Jenazah Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kemudian terus dibawa ke surau tersebut untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini.
Jenazah Hanisah, pelajar tajaan Mara, pula dibawa ke Dungun, Terengganu untuk urusan pengebumian.
Dalam kemalangan tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain.
Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. – Bernama

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top