KUALA LUMPUR: Bagi mengelak menjadi mangsa keganasan isteri, seorang pengurus projek hanya tidur pada watu pagi ketika isterinya keluar menghadiri kuliah, malah tidak berani mendekati isterinya serta menjalani kehidupan seperti pasangan lain sejak enam bulan lalu.
Kejadian itu berlaku selepas mangsa enggan menurut kehendak isterinya yang menuntut cerai meskipun tahu wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pensyarah.
Sumber polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu bukan sahaja pernah dicakar dibahu dan leher, malah turut dibelasah di bahagian alat sulitnya keran enggan menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan kekasih gelapnya itu.
Menurutnya, penderitaan mangsa bermula pertengahan Mac lalu apabila wanita berkenaan membelasah mangsa hingga bengkak di muka sebelum membuat laporan polis palsu selepas suaminya meminta pengakuan terbuka mengenai hubungan sulit isterinya dengan kekasihnya.
“Menyedari tembelangnya pecah, wanita itu meminta diceraikan melalui kiriman e-mel. Bagamiamapun, mangsa mengajak mereka berdua bersemuka dengan kekasih gelap isterinya itu untuk mencari jalan penyelesaian kerana terlalu sayang rumah tangga mereka.
“Malangya, wanita itu bertindak ganas memebelasah dan mencekik mangsa menggunakan kukunya yang panjang hingga berdarah dan hanya melepaskan sebaik mangsa mengugut untuk membuat laporan polis,” katanya kepada wartawan, semalam.
Katanya, bimbang dengan ugutan suaminya itu, wanita berkenaan berpura-pura baik dan menyapu ubat pada luka mangsa termasuk memberi layanan istimewa.
“Sebulan selepas itu, mangsa sekali lagi didera selepas enggan menurut kehendak isterinya yang mengajak mangsa ke mahkamah syariah untuk memfailkan cerai,” katanya.
Menyedari taktik ganasnya tidak menjadi, wanita itu mengupah sahabat karib suaminya untuk memujuk agar menceraikan isterinya.
Bagaimanapun, usahanya gagal menyebabkan dia mengamuk dan menendang kemaluan selain cuba menikam kemaluan suaminya dengan pemutar skru.
“Bimbang dengan ugutan bunuh isterinya, mangsa takut untuk pulang ke rumah dan tinggal bersama rakan-rakannya lebih sebulan,” katanya.
Menurut sumber, mangsa akhirnya kembali ke rumah, tetapi hanya tidur ketika isterinya keluar menghadiri kuliah atau tiada di rumah.
“Mangsa menghabiskan masanya dengan membuat pelbagai pekerjaan dan hanya pulang ke rumah kira-kira jam 5 pagi semata-mata untuk bersarapan dengan anak-anaknya,” katanya.
Katanya, akibat tidak tahan dengan keganasan yang dilakukan isteri dan takut dengan keselamatan dirinya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sentul kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Posting Komentar

  1. cerai ja..jgn jadi dayus....

    BalasHapus
  2. kena guna guna dah kot...bini camtu pon nak simpan lagi

    BalasHapus
  3. Xpayah cerai biar pdn muka bini dia xdpt kawen..

    BalasHapus
  4. betol2.. x payah cerai tapi madukan je..biar padan muka dua2 x dapat.. aku pompuan tapi kalu kes cenggini aku sokong lelaki..

    BalasHapus
  5. kalau aku la aku belasah smpai mati .... GERAM GILER!!

    BalasHapus
  6. Xpayah ceraikan..khwin lain.biarkan dia..da ada suami mengatal dengan lelaki lain.biasa lelaki yang buat hal ini perempuan pula.

    BalasHapus
  7. penghuni syurga.. hell girl <3

    BalasHapus
  8. ade pmpuan cmni... syurga dibawah tapak kaki suami ye wahai kaum hawa sekalian... tp mmg respect la kesabaran lelaki tu..

    BalasHapus
  9. nak kawen la ngn laki die..suka laki penyabar..i like..

    BalasHapus
  10. Wajib ceraikan istei cam gini...if not dayus! Kalau kekal bersama, nanti dosa dia buat suami tanggung! Ramai lg wanita yg baik baik di luar sana. Saya dah jumpa pun! Alhamdulillah, jodoh kami kuat...semoga ke jinjang pelaminan! Bekas istei saya nusyuz! Dan minta cerai pula! Saya lepaskan...tak nak dayus! Alhamdulillah 15-tahun tunggu...Allah kirimkan 'S' utk saya! Dia amat baik n beriman :-)

    BalasHapus
  11. Lelaki dayus dan bodoh, bodoh, bodoh sebab merelakan perbuatan isteri..

    BalasHapus
  12. mungkin ada sebab yang kukuh dyer x mau ceraikan,
    mungkin sayangkan anak dia ,sebab x ceraikan

    BalasHapus
  13. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  14. xpe, ceraikn je bia dy kawen ngn kkasih gelapnye tu klw x nt c suami terpkse tanggung dosa isteri yg bersekedudukan ngn laki lain

    BalasHapus
  15. Cerai itu mhal...ank pula jd mangsa...

    BalasHapus
  16. What The Hell perempuan macam tuh!

    BalasHapus
  17. Wallawehhh...trok la bni ko...

    BalasHapus
  18. CERAI?? Jangan diikutkan permintaan perempuan tu, gantung ja x bertali... Cadangan aku, jd ganas balik (jgn terlampau dh), xpun, ko kawen lain je...

    BalasHapus
  19. mungkin sbb ank dia xnk craikn bini dy..

    BalasHapus
  20. mungkin sbb ank dia xnk craikn bini dy..

    BalasHapus
  21. jngn salahkan si lelaki..bodoh ke ape ke..kita manusia biasa.kadang2 kita buta kerana cinta dan sayng kat seseorang..tapi...sebaliknya bersyukurkrn masih ada lelaki yng setia krn dia sedar tanggungjawabnya sebagai suami besar dan cerai bukan perkara main2...mungkin dia ada sebab sendiri mengapa dia taknak ceraikan,,apapun doakan yg terbaik untuk mereka

    BalasHapus
  22. kesiannye.ap kkragan kmu smpi dplaku bgtu.smoga Allah mlndungimu dn mmberi ksdaran pd istri kmu.

    BalasHapus
  23. bodo giler.. kahkahkah

    BalasHapus
  24. pergi mahkamah....uruskan proses cerai...dan lelaki boleh minta kos nafkah sepencarian dari isteri. kerana isteri yang meminta cerai.

    BalasHapus
  25. ini kes terpencil...yang banyak kena derita fizikal dan mental adalah para isteri, namun lelaki macam ni ada hak lepaskan isterinya.kuasa talak di tangan lelaki.




    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top