Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya mengambil tindakan senarai hitam peminjam yang ingkar dan mereka yang telah dikenakan tindakan saman atau Letter of Demand (LOD) sahaja. Peruntukan tersebut adalah dibawah Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987 Akta 556, yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam ingkar daripada ke luar negara.

Tindakan ini hanya dikenakan terhadap peminjam atau penerima yang degil serta enggan membayar kembali pinjaman walaupun telah diberikan notis peringatan berkali-kali. Mulai Ogos 2008 sehingga akhir Julai yang lalu, PTPTN telah menyenarai hitam dan melarang seramai 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 28,319 peminjam PTPTN telah membayar balik pinjaman dengan hasil kutipan sebanyak RM194.60 juta. Sehingga 31 Julai lalu, 104,983 saman telah dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 104,102 saman telah dihantar melalui panel peguam yang telah dilantik manakala 881 selebihnya telah diuruskan oleh pegawai undang-undang PTPTN yang melibatkan amaun berjumlah RM1.67 bilion. Manakala sebanyak 79,669 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

Untuk makluman peminjam yang telah di senarai hitam dan ingin mengeluarkan nama anda daripada senarai hitam perlu menjelaskan keseluruhan pinjaman atau perlu mengemukakan surat rayuan senarai hitam terlebih dahulu.
SENARAI HITAM
i – Peminjam hendaklah menjelaskan keseluruhan pinjaman bagi tujuan pembatalan Senarai Hitam PTPTN.
RAYUAN SENARAI HITAM ATAU PEMBATALAN SEKATAN IMIGRESEN
i – Peminjam perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Senarai Hitam bagi tujuan rayuan pembatalan senarai hitam. Surat rayuan tersebut hendaklah mengandungi cadangan pembayaran pendahuluan (sekurang-kurangnya keseluruhan jumlah tunggakan)
RAYUAN SENARAI HITAM
i – Dokumen yang LENGKAP perlu disertakan bagi tujuan rayuan adalah seperti berikut:-

1. Peminjam yang telah tamat pengajian:
> Surat rayuan rasmi 
> Slip gaji terkini selama 2 bln 
> Salinan penyata kwsp bagi tahun semasa 
> Lain-lain dokumen sokongan yang menyokong rayuan tersebut

2. Peminjam yang masih aktif belajar:
> Surat tawaran belajar
> Surat pengesahan aktif belajar
> Salinan penyata kwsp bagi tahun semasa
> Lain-lain dokumen sokongan yang menyokong rayuan tersebut

Surat rayuan tersebut boleh dihantar melalui faks di no 03-20961072 atau serahan tangan. Rayuan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan rayuan tersebut dan semakan keputusan boleh dibuat ditalian 03-20804455. Untuk makluman atau rayuan senarai hitam dan rayuan saman boleh di lakukan serentak.


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top