image Samsung lancar Galaxy Note 10.1
Samsung Galaxy Note 10.1 didatangkan dengan sistem operasi (OS) Android 4.0 dan kini telah berada di pasaran tempatan.
Peneraju Telefon Mudah Alih Global, Samsung Malaysia Electronics bakal melancarkan Samsung Galaxy Note 2 ke  pasaran tempatan menjelang suku keempat tahun ini.


Samsung Galaxy Note 2 telah diperkenalkan minggu lalu di Berlin, sekali gus dijangka akan menjadi faktor peningkatan jualan menjelang akhir tahun ini.
Ketua Bahagian Telefon Mudah Alihnya, Vincent Chong berkata demikian selepas pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1, di Kuala Lumpur, semalam.
“Samsung Galaxy Note  10.1 ini didatangkan dengan sistem operasi Android 4.0 dan boleh dikemas kini menggunakan sistem  Android 4.1.
“Ia menjadi komputer tablet kedua keluaran Samsung yang mampu menyokong panggilan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan video,” katanya.
Menurutnya, Samsung turut merancang untuk memasuki pasaran sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) kerana percaya peranti itu mampu menjadi alat yang berguna kepada pendidikan.
Katanya, Samsung telah menjual tujuh juta unit telefon pintar keluaran Samsung secara global dan berhasrat untuk mencapai lebih 10 juta unit menjelang akhir tahun ini.
Mengulas berhubung saman yang dikeluarkan Apple terhadap Samsung, Vincent berkata, saman berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan kepada pasaran tempatan.
Samsung Galaxy Note 10.1 telah berada di pasaran tempatan dengan harga RM2,199 dan bakal diperoleh menerusi syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top