Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Sihat fizikal dan mental.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
Keutamaan
- Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
- Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
- Calon yang mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
- Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
- Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
- Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
Bidang Pengkhususan
Bidang pengajian yang ditawarkan dalam Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini adalah seperti berikut:
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Khas j-QAF
Cara Memohon
- Permohonan untuk memasuki Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) Ambilan Januari 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di portalPermohonan Dalam Talian DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman web KPM bagi menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Portal Permohonan DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013
Portal Permohonan DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013
Portal Permohonan DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013
Ujian MTeSt
- Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
- Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah diBahagian Kesesuaian Ijazah)
- Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
Temuduga
- Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diridaripada laman sesawang permohonan.
- Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.
- Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
- Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
Tarikh-Tarikh Penting
26 September 2012 - Permohonan dibuka 3 Oktober - Permohonan ditutup 12 Oktober - Semakan ujian MTeST 20 Oktober - Ujian MTeST 12 November - Semakan temu duga 19 – 23 November - Temu duga 10 Disember - Keputusan Permohonan 17 Disember - Pendaftaran di IPG 2 Januari 2013 - Pendaftaran di sekolah - Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan DLPI SR Januari 2013.
Pendaftaran
- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
- Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
Ikatan Perjanjian
- Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Maklumat
- Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari 2012.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan DPLI SR ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
Telefon : 03 8884 1260/ 1230/ 1249/ 1253/ 1259/ 1280 - BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804 - BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda