Our Sponsors


 ! Berita Malaysia ! Informasi Teknologi,Berita,Gosip,Sukan Terkini

[x] CLOSE ADS HERE

Penyokong desak Che Mat undur demi Skuad Penyu



Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh

KUALA TERENGGANU – Biarpun rombakan dan pengurusan baharu bola sepak Terengganu telah dibuat untuk musim depan, namun penyokong setia sang Penyu tetap mendesak agar pemimpin utama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengundur diri daripada pengurusan badan induk bola sepak negeri itu.

Rata-rata mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati melalui laman sosial Facebook sejak minggu lalu.
Lebih parah lagi, penyokong ini turut mengadakan kempen bagi mendesak pengunduran Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh selain menampal poster di merata tempat memuatkan gambar Che Mat di mana gambarnya dipangkah dan ditulis dengan perkataan ABC yang bermaksud ‘Asal Bukan Che Mat’.
Rata-rata penyokong ketika ditemui berkata kredibiliti dan idea oleh Yang Dipertua PBSNT itu dilihat sudah tidak relevan bagi memajukan pengurusan bola sepak Terengganu.

Seorang penyokong tegar, Khairuddin Ismail, 37, berkata adalah wajar pemimpin nombor satu negeri itu mengundur diri kerana beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu di dalam persatuan.
Katanya sebagai penyokong setia, mereka mahukan pucuk pimpinan baharu yang tampil dengan idea yang baharu serta jentera yang berkaliber untuk mentadbir persatuan.

“Kami hargai jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memegang jawatan di dalam persatuan yang banyak kejayaan dikecapi namun kini kami hanya mahu melihat perubahan dalam arena bola sepak Terengganu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penyokong Rosamiza Omar, 46, turut meluahkan pendapat yang sama dan berharap pandangan para penyokong sedia didengari oleh pengurusan demi kesejahteraan pasukan bola sepak negeri.
“Kita tidaklah mendesak cuma mengharapkan idea ataupun cadangan serta kritikan kami dapat didengari untuk memperbaiki mutu bola sepak negara.

“Malah saya percaya jika pengurusan baharu menerajui PBSNT, pasti ramai anak Terengganu akan kembali menyarung jersi Skuad Penyu bagi mewarnai kembali pasukan itu,” katanya.
Difahamkan kempen bertemakan ‘Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu’ itu merupakan inisiatif daripada penyokong setia sang Penyu dan bukannya anjuran daripada mana-mana pihak mahupun persatuan.

Demonstrasi itu bertujuan bagi menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan satu rombakan dilakukan dalam pengurusan PBSNT.
Selain itu para penyokong juga bercadang untuk menyerahkan satu memorandum yang ditandatangani beramai-ramai oleh penyokong kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. – Bernama

0 komentar:

Poskan Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 

! Blog Informasi Terbaik ! Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger