Begitu juga, Hanis Zalikha, 22, biarpun sebelum ini lebih dikenali sebagai blogger, dia perlu memberanikan diri untuk mencuba bidang lakonan setelah diyakinkan pengarah filem ini, Ahmad Idham. “Pada mulanya memang saya tidak yakin untuk menerima tawaran abang Idham kerana watak saya adalah watak utama. Tapi setelah diyakinkan oleh abang Idham dan ibu saya, barulah saya berani untuk menerima.
“Lagi pula watak filem ini, banyak persamaan dengan diri saya dan saya juga dah memberi yang terbaik. Saya harap hasilnya juga akan diterima baik apabila ditayangkan kelak,” jelas graduan Diploma Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Hanis berdebar
Dek kerana tidak pernah terdedah dengan dunia glamor sebelum ini, Hanis mengakui berdebar meniti jalan sebagai anak seni. Namun sudah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
“Pesan mama, apa yang penting saya perlu jadi diri sendiri, tidak kira kita sudah popular pada tahap tertinggi sekali pun. Tidak perlu bermuka-muka dan cuba menjadi orang lain,” katanya.
Hanis berkata, dia juga tidak mahu dikenali sebagai pelakon yang berlandaskan populariti dan rupa semata-mata, sebaliknya punya bakat untuk diketengahkan.
“Saya tidak tetapkan untuk berada berapa lama dalam industri hiburan ini kerana perancangan masa depan nanti, saya masih menyimpan cita-cita menjadi ahli perniagaan,” katanya.
Antara blog dan lakonan
Ditanya mengenai keutamaannya, Hanis berkata, dia mahu dikenali sebagai seorang wanita serba boleh yang membuat apa sahaja dalam hidupnya.
“Saya mahu orang mengenali saya sebagai Hanis Zalikha, yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuklah menulis di blog, berlakon, mengacara dan pelbagai lagi perkara lain yang akan diterokai nanti,” kata pemilik blog www.inibelogsaya.blogspot.com ini.
Tidak terhad dalam bidang lakonan dan penulisan semata-mata, Hanis juga bakal muncul di televisyen, mengendalikan sebuah program terbaru, Mad Market yang akan ditayangkan pada September depan.
“Secara keseluruhannya ia memberi pengalaman baru buat saya. Saya harap akan mencuba lebih lagi selepas ini,” jelasnya.
www.sinarharian.com.my
Langganan:
Posting Komentar (Atom)



Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda