Pelik!!!Itulah yang mampu diungkapkan dengan penemuan spesies ular yang ditemukan oleh sekumpulan penyelidik di Brazil.Ianya dikatakan mirip seekor ular namun tidak mempunyai mata seperti ular, sehingga diduga kuat buta. Ia hidup di kawasan dengan air yang hangat dan mengalir laju.

Ular pelik ini dinamakan atretochoana eiselti dan ditemui di dasar sungai Madeira di Rondônia. Sejumlah 6 ekor ditemui di dam yang berhubung dengan sungai Amazon.Para penyelidik masih lagi mengkaji dan sehingga kini buntu untuk memperoleh sebarang maklumat terhadap haiwan amfibia yang tidak mempunyai paru-paru dan kaki serta panjang sekitar 1 meter.

Buat sementara ini mereka merumuskan haiwan ini mempunyai kaitan rapat dengan salamander dan katak, namun dari segi penampilan lebih mirip seekor ular.

"Walaupun nampak seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih erat berkaitan dengan salamander dan katak," tutur ahli biologi, Julian Tupan. "Kami berfikir bahawa haiwan ini bernafas melalui kulitnya dan mungkin memangsa ikan kecil serta cacing. Namun sampai saat ini kami masih belum dapat membuktikannya."

Penemuan ular buta ini bukan kali pertama, pada 1968 spesies ini pernah dilihat berkeliaran secara sporadis. Kini kajian masih dilakukan terhadap 2 dari 6 spesies yang dijumpai. "Dari 6 ekor yang kami dapati yang satu mati, 3 dibebaskan kembali ke alam dan 2 masih kami jaga untuk penyelidikan," kata Julian.


sumber asal

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top