Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti Dan Ingin Berehat
Berita yang pengacara popular TV3 ini meletakkan jawatan lewat petang semalam menjadi satu bualan hangat di’kalangan peminat dunia hiburan tempatan.
Nurul Syuhada Nurul Ain dalam temubual bersama media mengakui yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap di TV3 sebulan yang lalu & kini bekerja secara sambilan.
Menurut beliau, selepas enam tahun bersama TV3 kini rasanya masa sudah tiba untuk beliau berehat & tidak terikat dengan jadual kerja yang menuntut komitmen yang tinggi.
“Suami saya pun ada meminta supaya saya kurangkan aktiviti yang melibatkan kerja saya sebagai wartawan sepenuh masa seperti sebelum ini,” ujar Nurul Syuhada.
Menafikan isu Bintulu ‘daif’ & keputusan beliau untuk berhijab menjadi punca, Nurul Syuhada turut mengakui yang beliau kini merancang untuk menimang cahayamata pertama.
Nurul Syuhada juga tidak akan lagi menjadi pengacara Majalah 3 & berkata ingin melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau Islamik.
Rotikaya
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda