Nora Danish Didakwa Peminat ‘Terlalu’ Sombong?
Kalau sudah nama gah menjadi artis Malaysia, setiap tingkah laku atau perkara yang dilakukan pasti akan diperkatakan dan diperhatikan.
Baik dari hujung rambut, sampai hujung kaki, peminat tidak akan melepaskan mata mereka melihat setiap tindak-tanduk artis negara kita.
Terbaru, peminat mula mempersoalkan sikap diri pelakon wanita cantik, Nora Danish yang didakwa sombong dan langsung tidak membalas senyuman yang diberikan.
Benarkah?
Seorang peminat Nora Danish telah terang-terangan memperkatakan sesuatu kepada pelakon wanita itu.
Kata ‘@zainalll’ di profil Instagram milik Nora, dia mengakui yang Nora cantik dari rupa paras yang dia miliki.
Namun, dek kerana sikap Nora yang terlalu berat mulut untuk membalas senyuman, ramai yang tidak puas hati dengan sikap sombong Nora.
Selain itu, beberapa isu lain juga turut dibangkitkan.
Kisah Nora yang pernah berkahwin dengan Jejai dan juga pernah mempunyai kontroversi dengan pelakon wanita, Fasha Sanda juga diperkatakan.
Sampaikan ada yang berani memberi jawapan kepada masalah dan punca terjadinya perceraian antara Nora dan Jejai.
Dasyat! Apa-apa pun, hanya Nora dan Jejai sahaja yang tahu apa yang berlaku.
Sekarang ini, diri masing-masing juga sudah pun bahagia dengan kehidupan yang baru.
Yang penting, marilah kita doakan agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.-suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda