Motosikal mangsa tersepit di bawah kereta api sebelum diheret sejauh kirakira 200 meter.
Rani yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Kejadian dikatakan berlaku apabila dua beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.
Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.
“Mangsa yang tiba di pagar lintasan kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan.
“Belum sempat melintasi landasan, mangsa dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur,” katanya.
Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan perjalanan kereta api tergendala seketika.
Cebisan mayat mangsa turut kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk melintas landasan kereta api.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda