Mitsubishi Menaik Taraf Model Lancer 2.0 GT
Lebih menyerlahkan penampilannya kini ialah kehadiran lampu depan L.E.D siang hari (daytime running lights), kemasan kulit Nappa premium di bahagian dalam, kamera undur dan beberapa ciri naik taraf lain. Mitsubishi Lancer 2.0 GT dikuasakan enjin 2.0 liter MIVEC (DOHC MIVEC 2.0-litre 16-valve) dengan kuasa 150ps dan 197Nm, seterusnya dipadankan transmisi CVT (with 6-step Sports Mode) yang cukup bertenaga untuk membuktikan kehebatannya di jalan raya.
Dengan pelbagai peningkatan yang dilakukan, Lancer 2.0 GT baharu kini ditawarkan pada harga sedikit tinggi sebanyak RM128,995.00 (harga atas jalan termasuk insuran), berbanding harga asal RM123,980.00. Model yang diimport secara CBU dari Jepun ini boleh didapati dalam tiga warna; Putih, Hitam dan Merah (White Solid, Black Mica & Red Metallic).
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.