Miera Liyana yang kita kenali adalah sebagai seorang pelakon. Tapi kini beliau bakal bergelar sebagai seorang penyanyi pula.

Apa yang menariknya, dia diberi kepercayaan oleh penerbit untuk merakamkan soundtrack bagi drama Psikik. Ujarnya sewaktu di temui di Majlis Pelancaran filem 2012 Grand Brilliance menjelaskan, “Saya rasa terkejut juga la apabila dengan tiba tiba saja producer call saya suruh rakamkan lagu soundtrack untuk drama ini.”

“Untuk lagu ini saja saya telah practice selama 3 minggu bagi mendapatkan kesesuaian vokal. Untuk makluman penonton lagu ni belum lagi keluar dimana-mana TV atau radio sebab drama psikik ni pun masih belum ditayangkan. Tapi setakat yang saya tahu maklumbalas yang diterima dari individu yang telah mendengarnya adalah positif”


Jelas Miera lagi perasaan takut jika nyanyianya dikirtik tetap ada. Ujarnya lagi, “Kalau hebat dikritik sekalipun saya tetap dah bersedia untuk menerimanya. Bagi saya dikritik ini adalah satu perkara yang normal dalam industri ini sebab apabila sudah dikenali, orang akan sentiasa mahu mengkritik kita. Yang penting bagi saya lepas ni akan sentiasa cuba mengambil sikap tenang dan tidak cepat melatah berbanding dulu. Lagipun Lagu yang dibawa tidaklah tinggi nadanya seperti mana lagu Ziana Zain. Lagu yang saya nyanyikan ini melodinya lebih kepada rileks dan santai”

Secara bergurau juga sempat Miera nyatakan yang suara dia tidaklah teruk manapun. Bak kata orang, masih ada nilai untuk dikomersialkan. Jelasnya lagi “Tapi sekurang kurangnya saya mencuba sesuatu yang baru. Miera suka terima cabaran lagipun miera muda suka buat macam-macam benda. Kalau ada rezeki dekat bidang menyanyi saya akan menyanyi tapi dalam masa yang sama pun masih boleh berlakon jugak.

Beliau juga menegaskan ini bukanlah satu sifat tamak yang ada pada dirinya kerana baginya jika sesuatu perkara itu mendatangkan kepuasan dan boleh membantu dalam kerjaya seninya apa salahnya. Lagipun menurut Miera beliau bukan seorang yang menerima apa sahaja tawaran yang datang terutamanya dalam lakonan. Ini kerana setiap kali mendapat tawaran beliau akan memastikan watak yang diberikan kepadanya adalah bersesuaian dan mampu dibawanya dengan baik.

Untuk makluman pembaca, Meira bakal muncul dengan 3 buah filem dibawah terbitan Grand Brilliance iaitu Pecah, Pecinta & lebuhraya Ke Neraka. Manakala pada ketika ini sedang ditayangkan drama Kau Terindah di TV3, lakonan pertama kali Miera dibawah arahan Erma Fatimah.

kredit: buahmulut.com

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top