KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir telah mengeluarkan waran tangkap ke atas rakyat Mesir yang beragama Kristian Koptik serta pastor dari Florida, Amerika Syarikat (AS) dan bertegas ingin membicarakan mereka berhubung protes keganasan ekoran filem Innocense of Muslims.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW serta Islam itu telah mencetuskan protes dan kemarahan di 20 buah negara.

Tujuh lelaki serta seorang wanita, yang kesemuanya mereka dipercayai berada di luar Mesir, telah di dakwa atas tuduhan memudaratkan perpaduan kebangsaan, menghina serta menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu kepada umum.
Di bawah tuduhan tersebut , mereka boleh dikenakan hukuman mati.

Pendakwa raya semalam berkata, antara yang dikenakan tuduhan serta dikeluarkan waran tangkap adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang rakyat Mesir Koptik yang menetap di selatan California, dan dipercayai sebagai individu utama di sebalik pengeluaran filem tersebut.

Nakoula telah ditahan oleh pihak berkuasa AS minggu lalu dan dia juga pernah disabitkan kesalahan atas menipu bank.

Begitu juga Pastor Terry Jones, yang berasal dari California, pernah mengatakan dia ada didampingi oleh pengeluar filem tersebut agar mempromosikan videonya. Jones yang pernah mencuri perhatian dunia ekoran sikapnya anti-Islam serta pernah mengancam ingin membakar al-Quran.

Bagaimanapun nama tertuduh  lain belum diperoleh dengan segera.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top