Liverpool Menang Besar, Spurs, Newcastle Terikat
PARIS – Liverpool memulakan langkah cemerlang apabila skuad keduanya membenam kelab Switzerland, Young Boys 5-3 pada saingan pertama peringkat kumpuln Liga Europa di Bern, awal pagi tadi.
Dua lagi kelab Inggeris, Newcastle hanya seri 0-0 dengan Maritimo Funchal di Portugal dan nasib sama terhadap Tottenham yang juga seri tanpa jaringan dengan Lazio di gelanggang sendiri.
Pada perlawanan pagi tadi, kapten Liverpool, Steven Gerrard, penjaga gol Jose Reina dan penyerang Luis Suarez, pertahanan Glen Johnson, Martin Skrtel, Daniel Agger serta pemain tengah Joe Allen hanya diletakkan di bangku simpanan.
Begitupun, pemilihan skuad kedua Brendan Rodgers itu hampir memakan diri apabila Young Boys berjaya memberi saingan sengit pada awal permainan.
Gol awal Liverpool diperoleh selepas empat minit permainan menerusi jaringan sendiri Juhani Ojala.
Namun Raphael Nuzzolo menyamakan kedudukan untuk Young Boys sebelum Andre Wisdom menjadikan kedudukan 2-1 untuk Liverpool.
Masuk separuh masa kedua, Ojala mmperoleh gol kedua tuan rumah dan gol ketiga menerusi Gonzalo Zarate.
Namun Liverpool bangkit menerusi jaringan Sebastian Coates pada minit ke-67.
The Reds melengkapkan kemenangan bergaya di tempat lawan dengan dua gol menerusi jaringan pemain gantian berusia 20 tahun, Jonjo Shelvey pada minit ke-78 dan 88. – AFP
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda