Laluan Komuter Rawang-Sungai Gadut Dipendekkan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan media memberitahu, para penumpang perlu menukar tren di dua stesen berkenaan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
“Hal ini kerana KTMB akan melakukan kerja-kerja pembentungan baharu di landasan kereta api berhampiran Stesen Kajang di KM143.930.
“Kerja-kerja ini bagi memastikan kawasan landasan selamat untuk operasi tren dan tidak mengalami banjir sewaktu hujan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembinaan pembentungan baharu tersebut dijadual bermula pukul 12.01 pagi hingga 8 malam pada tarikh tersebut.
Kata kenyataan itu, kekerapan perkhidmatan tren KTM Komuter bagi laluan Rawang-Kajang selama 30 minit manakala laluan Sungai Gadut-Kajang selama 40 minit.
Tambah kenyataan itu, KTMB bagaimanapun akan berusaha meminimumkan kelewatan perkhidmatan sewaktu kerja-kerja pembinaan itu dilaksanakan.
Jelas kenyataan itu, KTMB akan menempatkan petugas di stesen terlibat bagi tujuan khidmat pelanggan dan mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 1-300-8-5862. – mynewshub.my
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.