Pejabat Konsul Amerika Syarikat di Benghazi, Libya terbakar dalam serangan Selasa lalu. – Foto ihsan CNN

WASHINGTON – YouTube mengambil langkah menyekat akses buat sementara waktu kepada klip kontroversi yang mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara termasuk Libya, yang turut menyaksikan Duta Amerika Syarikat (AS) terbunuh.

Dalam kenyataan dibawa CNN, YouTube berkata, treler 13 minit yang menyinggung perasaan umat Islam tidak boleh akses menerusi YouTube di Libya dan Mesir buat sementara waktu.

“Kami bekerja keras untuk mewujudkan satu komuniti di mana setiap orang boleh menikmati dan yang membolehkan setiap orang melahirkan pandangan yang berbeza,” kata YouTube menerusi e-mel kepada CNN.

“Ini satu cabaran kerana apa yang OK di sesebuah negara, adalah sebaliknya di negara lain,” kata firma itu.
“Video ini, yang boleh didapati dengan meluas di Web, diadakan mengikut garis panduan kami dan akan kekal di YouTube.

“Bagaimanapun, melihat kepada situasi sukar di Libya dan Mesir, kami sekat buat sementara di kedua-dua negara,” kata YouTube lagi.

Laporan menyebut Afghanistan telah mengharamkan akses kepada YouTube ekoran kemunculan trailer itu.
“Kami telah diminta menutup YouTube daripada diakses oleh publik Afghan hingga video itu dikeluarkan,” kata Aimal Marjan dari Kementerian Penerangan dan Teknologi dipetik Reuters.


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top