Pemain Malaysia, Christie Jayaselan Devasagayam (biru) mengasak pemain Vietnam (merah) pada perlawanan persahabatan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam disini, hari

PASUKAN Vietnam menconteng arang pada skuad Harimau Malaya di halaman sendiri apabila mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dengan kekalahan ini, ia bukan sahaja  mengecewakan hampir 6,000 penonton Malaysia yang hadir memberikan sokongan, malah turut menjejaskan persiapan anak buah Datuk K Rajagobal untuk  mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada November ini.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan dilihat mengamalkan corak permainan berhati hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Malaysia yang mendapat sokongan padu daripada penyokong  hampir membuka tirai jaringan awal menerusi Christie Jayaselan pada minit ketujuh, tetapi gagal disudahkan apabila tendangannya tersasar.

Mula menemui rentak, Vietnam mengatur permainan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang lawan.

Akhirnya, pasukan pelawat berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila Lee Cong Vinh menjaringkan gol pertama setelah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-32.

Di babak kedua, Malaysia mula mengatur strategi apabila banyak melakukan serangan ke gawang lawan.

Namun, sekali lagi gawang Malaysia berjaya dibolosi.

Kali ini oleh Phan Thanh Hung menghasilkan gol kedua buat Vietnam, pada minit ke-48.

Berdepan dengan tekanan, Rajagobal dilihat memasukkan  penyerang terbilang Pelita Jaya Safee Sali, namun tidak memberi sebarang kesan kepada Harimau Malaya.

Harimau Malaya semakin terdesak untuk memburu gol penyamaan dan akhirnya terpaksa akur apabila  keputusan 2-0.


Senarai barisan pemain utama Harimau Malaya:

Mohd Farizal Marlias (GK)
Mohd Faisal Muhammad
Mohd Bunyamin Umar
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
Safiq Rahim
Norshahrul Idlan Tahala
Mohamad Azmi Muslim
Wan Zack Haikal Wan Nor
Gary Steven Robbat
Mohamad Zaquan Adha Abd Razak
Christie Jayaselan Devasagayam


Senarai barisan pemain utama Vietnam:

Nguyen Minh Duc
Tran Dinh Dong
Le Cong vinh
Nguyen Trong Hoang
Phan Thanh Hung
Le Tan Tai
Huyhn Quoc Anh
Bui Tan Truong (GK)
Nguyem Gia Tu
Dao Van Phong
Pham Nguyen Sa

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top