KELANTAN kembali fokus untuk menjulang trofi Piala Malaysia selepas impian mencipta sejarah mara ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di halang kelab Iraq, Arbil SC kelmarin.

Keputusan seri 1-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV itu tidak mampu mengubah nasib Kelantan yang tewas 2-5 pada pertemuan pertama di Stadium Franso Harisi, Iraq minggu lalu.

Kegagalan tersebut membuktikan bahawa anak-anak buah Bojan Hodak tidak mampu untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kejayaan Arbil SC 1-1 memberikan gambaran yang jelas bahawa Kelantan berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri, sekali gus dianggap sebagai amaran awal kepada pencabar dalam kempen Piala Malaysia.

Bagi Bojan, aksi yang dipamerkan para pemainnya mampu mengejutkan lawan, namun kegagalan memanfaat peluang menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

"Dalam bola sepak, jumlah jaringan yang dikira bukannya peluang yang kita dapat. Apabila beraksi dengan pasukan dari Asia Barat, China, Jepun atau Korea, ia sangat berbeza kerana kami akan dihukum jika me- lakukan kesilapan.

"Kami mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama melalui Afiq (Azmi) dan saya fikir jika kita mampu menjaringkan gol, suasana perlawanan mungkin sedikit berbeza," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Bojan berkata, Arbil SC dilihat banyak ber- tahan, namun mereka kerap melakukan sera- ngan pantas hingga menyebabkan Kelantan membuat kesilapan.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut adalah antara aksi terbaik dilalui pasukan itu se- panjang musim ini dan ia cukup bagi menjelang aksi menentang Felda United pada saingan suku akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

"Saya tidak gembira dengan keputusan malam tadi (kelmarin) tetapi kami tidak kalah. Kami tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan. Kami bermain dengan baik dan kami adalah pasukan pilihan pada kempen Piala Malaysia.

"Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal melakukannya. Itu yang membezakan kualiti kami dengan mereka, namun jelas ia perlawanan yang sangat baik," ujarnya.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialami Muhammad Ghaddar yang menjejaskan kempen mereka pada saingan Piala AFC dan Piala Malaysia, Hodak berkata: "Saya memerlukan khidmatnya pada Piala Malaysia.

"Saya rasa, keputusan untuk tidak menurunkannya pada aksi suku akhir pertama adalah tepat. Dia cergas cuma tidak sepe- nuhnya untuk menghadapi perlawanan itu.

"Jadi, saya berbincang dengan ahli fisiote- rapi dan kami bersetuju untuk menurunkan- nya dalam 30 minit terakhir," jelasnya. -kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top