Faizal Tahir bakal muncul pada Konsert Kemuncak Suria FM 2012 pada Sabtu ini.
Faizal berkata, dia sangat teruja dengan konsert berkenaan dan akan menyampaikan seleksi lagu terbaik untuk para peminatnya.
"Rasa sangat teruja kerana sudah lama rasanya tidak mengadakan persembahan terbuka seperti Konsert Kemuncak Suria FM 2012 dan pada kemunculan itu nanti saya akan menyampaikan lagu-lagu popular yang diminati peminat," katanya.
Bagaimanapun kata Faizal dia tidak mahu mendedahkan lagu apakah yang bakal disampaikan nanti dan mahu peminat tertanya-tanya mengenai persembahan pada malam itu.
"Ia adalah rahsia tetapi jika hendak tahu kena hadir pada malam itu nanti," katanya.
Faizal ketika menjadi tetamu dalam program Ceria Pagi Suria.
Selain Faizal Tahir, artis lain yang bakal memeriahkan konsert berkenaan adalah kumpulan Nico, Stacy, Mojo, Sixth Sense, Jimmy Palikat, One Nation Emcee, Alyah, Shila Amzah dan Ella.
Ia akan dihoskan oleh lapan orang penyampai stesen radio tersebut iaitu Linda Onn, Tyzo, Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Devi, Reza Mohamed, Bob Ringgo dan DJ Lin.
Selain konsert kemuncak, karnival yang bermula dari pukul 12 tengah hari itu akan menyediakan pelbagai aktiviti dan aneka gerai jualan.
Malah satu pertandingan karaoke bakal diadakan pada pukul 3 petang. Ia diadakan secara percuma kepada umum. -mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda