Karya seni hasil rekaan Datuk Ibrahim Hussein, 'Figthing Cockerel's dijangka dapat dijual pada harga RM500,000 pada majlis lelongan yang akan diadakan nanti
Lukisan akrilik pada kain kanvas karya Datuk Ibrahim Hussein merupakan antara 150 karya istimewa dan terpilih yang akan dijual pada Majlis Lelongan Karya Seni Moden Kontemporari Malaysia dan Indonesia 2012.
Majlis lelongan tersebut dianjurkan oleh KL Lifestyle Art Space buat pertama kalinya akan menampilkan hasil karya daripada pelukis tersohor daripada Malaysia dan Indonesia antaranya, Khoo Sui Hoe, Long Thien Shih, Yeoh Jin Leng dam Srihadi Soedarsono
Majlis itu akan diadakan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 30 September bermula daripada pukul 1 hingga 6 petang.
Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Seni berkenaan, Datuk Gary Thanasan berkata sebuah panel telah ditubuhkan bagi menilai hasil karya seni berkenaan serta meletak harga lelongan yang sesuai untuk setiap karya berkenaan.
"Kami di sini bukan untuk bersaing. Kami di sini adalah untuk menghargai karya seni serta meningkat kesedaran masyarakat terhadap karya-karya istimewa seperti ini. Ada banyak benda yang boleh dipelajari daripada pelukis-pelukis ini,” katanya ketika pratonton eksklusif di Galeri Alpha Utara, China Street, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Kira-kira 150 pengunjung termasuk pengumpul karya seni hadir ke pratonton tersebut untuk melihat 29 karya lukisan yang akan dijual pada majlis lelongan yang akan diadakan nanti.
Antara yang akan dipamerkan adalah karya istimewa milik Khoo, ‘Big Eyes’ (1966), ‘Satay Seller’ (1963) kepunyaan Long dan ‘Landscape’ (1884) milik Yeoh.
Karya seni yang dihasilkan pada bila-bila masa hingga abad ke-21 akan dijual pada harga sekitar RM8,000 hingga RM500,000.
Thanasan yang juga pengumpul karya seni dan juga bekas juruhebah radio dan pengacara televisyen berkata menganjurkan majlis lelongan tersebut merupakan satu proses pembelajaran yang cukup mencabar.
Sambil bergurau beliau berkata menjadi pengacara televisyen lebih mudah daripada menganjurkan majlis lelongan karya seni.
Namun beliau mengakui penganjuran majlis tersebut turut memberikannya peluang berjumpa dengan pengumpul karya seni dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai karya berkenaan.
“Saya rasa sangat seronok menganjurkan program sebegini dan saya dapat belajar banyak perkara daripadanya,” katanya.
Thanasan membuka galeri seninya yang pertama di Pusat Membeli Belah Tropicana, Petaling Jaysa sejak dua tahun lalu dan membuka galeri seni beliau yang kedua di Bangsar, Kuala Lumpur setahun yang lalu.
Majlis pratonton seterusnya turut diadakan hari ini, hingga 29 September di KL Lifestyle Art Space' di Jalan Maar'of, Kuala Lumpur.
Untuk mendaftar sebagai pembida, anda boleh menghubungi Ho Sau Fong di talian 019-3337688 atau Gary di talian 019-3111668. -mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda