Nujood (tudung hitam) bersama salah seorang kakaknya
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah dipaksa kahwin oleh bapanya. Kejadian ini berlaku di wilayah Khardji, perkampungan Yaman. Desakan hidup memaksa bapa kanak-kanak ini bersetuju mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua.
Bukan dia sahaja yang dipaksa berkahwin diusia muda, kakaknya juga menerima nasib yang sama (berumur 13 tahun). Selain kesempitan hidup, bapanya memberi alasan dapat menghindar kejadian rogol. Dengan kontrak perkahwinan, lelaki berkenaan bersetuju untuk tidak menyentuh kanak-kanak perempuan itu sehingga cukup umur.
Dengan mas kahwin sebanyak 150,000 rial, majlis perkahwinan dijalankan. Nujood yang tidak mengerti apa-apa tentang perkahwinan, pasrah dengan kehendak bapanya. Suami beliau melanggar janji, Nujood diperlakukan seperti mana pasangan suami isteri yang lain, walhal beliau masih belum memahami apa itu hubungan suami isteri. Jika beliau melawan buruk padahnya.
Dia bukan sahaja dipukul dengan tangan, malah juga dengan kayu. Ibu mertuanya juga turut sama memukul beliau jika Nujood enggan mendengar kata. Apalah diharapkan dengan kanak-kanak 10 tahun.
Tidak tahan dengan deraan dan seksaan oleh suaminya, beliau nekad melarikan diri. Dibantu oleh ibu kandung dan ibu tirinya, Nujood akhirnya sampai ke mahkamah untuk memfailkan penceraiannya. Peguamnya kes ini berjanji akan memastikan 'suami' beliau tidak akan mencederakannya lagi.
Related Posts
- TUN M Mengadu Sakit Jantung & Di Masukkan Ke IJN18 Nov 20134
gambar sekadar hiasan KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari...Read more »
- MENJIJIKKAN!! CICAK DALAM KEK KAHWIN18 Nov 20131
Sabtu yang lalu, kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis di makan ...Read more »
- 19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank18 Nov 20131
KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK 23 OKTOBER 2013 - Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya...Read more »
- GEMPAR!! Penemuan Ikan Duyung & Ekspedisi Greenland 201418 Nov 20131
Sejak dua tahun yang lalu, dunia Eropah kecoh tentang kewujudan ikan duyung. Mereka beranggapan spe...Read more »
- Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah16 Nov 20130
JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana keb...Read more »
- IBU MAUT SEMASA DI RAGUT16 Nov 20131
Dua beranak melalui kejadian yang memilukan apabila ibunya, Jamariah Ahir (64 tahun) maut ...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.