Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Shariff berkata, kelima-lima suspek yang diberkas membabitkan empat lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang berusia antara 23 hingga 61 tahun.
Jongkong aluminium RM1 juta disamun
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Shariff berkata, kelima-lima suspek yang diberkas membabitkan empat lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang berusia antara 23 hingga 61 tahun.
Menurut beliau, sebelum itu, polis pada pukul 10.26 malam, 29 Ogos lalu menerima maklumat mengenai sebuah treler yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Taman Perindustrian Tebrau di sini.
“Hasil maklumat tersebut, polis dalam masa 45 minit berjaya mengesan treler tersebut di kawasan Setia Indah. Treler tersebut dipandu laju sebaik menyedari kereta peronda polis,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.
Mohd. Mokhtar berkata, treler tersebut terus dikejar polis sehingga sampai di satu kawasan di Pasir Gudang sebelum kenderaan tersebut terbabas dan terbalik.
“Polis kemudian dapat menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang menaiki treler yang penuh dengan muatan jongkong aluminium,” kata beliau.
Kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda