Sukar untuk kita lihat sesebuah helmet itu boleh dilipat apatah lagi bentuk fizikalnya yang dibuat keras. Namun helmet atau topi keledar istimewa ini adalah
dikhaskan untuk penunanggang basikal sahaja untuk aktiviti beriadah mahupun lasak. Topi keledar boleh dilipat yang telah direka oleh Carrera ini merupakan
satu revolusi untuk keselamatan diri penunggang basikal di dalam bandar. Reka bentuk topi keledar ini telah
diilhamkan oleh sebuah topi keledar pistards tua yang dibuat daripada kulit.
Ia mempunyai bingkai yang sangat fleksibel dan mampu memberikan keselesaan terbaik kepada pengguna. Dengan tiada kompromi tentang keselamatan, anda mampu mendapatkan kesesuaian apabila memakainya hasil daripada pemasangan sistem anjal.
Topi keledar ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan pada basikal dan boleh dilipat serta disimpan di dalam beg apabila anda tidak mahu menggunakannya. Tahap tertinggi untuk keselamatan standard topi keledar ini adalah dijamin.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda