Harga enam angka Aaron
KALAU ada muka Aaron Aziz, sabun basuh pinggan pun laku, inikan pula iklan komersial. Entah apa yang dipakai hero Temasik ini, Diva pun tak tahu, mungkin dah rezeki dia. Mujurlah hati Diva sudah ditawan sang arjuna, kalau tidak Diva pun pasti tertawan dengan ketampanan Aaron!
Jangan ketawa! Diva nak kongsi satu cerita baharu lagi pasal Aaron yang meledak lagi dengan kisah cinta di televisyen, Adam Hawa. Kali ini bukan pasal kekasih atau heroin baharu Aaron tapi jenama baharu yang sedang dalam proses nak angkat Aaron jadi dutanya.
Kalau tak silap Diva, produk berkenaan daripada rangkaian wangian untuk jenama Uber-Men. Wah! Sudahlah ada Loreal Paris Men Expert, minuman Drive dan Yourgurt, sekarang tambah lagi satu. Dengarnya habuan Aaron untuk jadi duta wangian Uber-Men ini cecah enam angka!
Kalau sudah namanya popular, goyang-goyang minyak wangi saja terus wangi poket untuk setahun!
-kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda