[GOSSIP]Zul Ariffin Sudah Ada Pengganti Abby Abadi?
KUALA LUMPUR – Bekas kekasih Abby Abadi, Zul Ariffin mengakui yang ketika ini dia sedang mengenali seorang gadis dengan lebih rapat lagi.
Menurut laporan portal Murai.com, Zul memberitahu gadis itu adalah seorang penerbit yang sebelum ini pernah digosipkan dengan dirinya.
Dia mula menjadi rapat dengan gadis yang hingga kini tidak didedahkan identitinya selepas terbabit dalam lakonan di bawah syarikat produksi gadis itu.
Semenjak itu, mereka terus berhubungan dan sering bercerita mengenai diri masing-masing.
“Selepas itu, lami mula rapat pada awal tahun ini. Itu pun selepas saya selesai menjayakan penggambaran sebuah filem terbitan syarikat produksinya pada tahun lalu.
“Sejak daripada itu, kami ada keluar bersama dan mula saling berhubung,” kata Zul.
Bagi Zul, mereka mudah menjadi rapat kerana masing-masing senang dengan perangai dan peribadi yang ada dalam diri masing-masing.
Malah, tidak Zul nafikan dia semakin gembira mengenali gadis tersebut.
Cuma, dia enggan bercakap lebih kerana bimbang hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
“Rasanya, kami jadi rapat kerana kami sangat serasi dalam membincangkan apa jua perkara atau berborak tentang apa jua topik. Kami juga enjoy setiap kali berbual bersama-sama dan sentiasa terhibur dengan gurauan masing-masing.
“Saya tidak berani hendak meluahkan lebih daripada itu kerana takut saya pula yang terlebih-lebih dan rasanya lebih baik hal ini ditanyakan juga kepada pihaknya.
“Namun, saya sifatkan hubungan kami masih lagi dalam fasa yang awal iaitu berkawan serta mengenali hati budi masing-masing,” katanya. - suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda