Jika anda salah seorang peminat pameran kereta, satu Pameran automotif terkenal di Paris Motor Show 2012bakal diadakan tidak lama lagi bakal menyaksikan kehadiran sebuah model konsep eletrik dalam kelas mewah dan premium – Infiniti LE. Debut pertama di Eropah bagi model konsep tersebut dijadualkan bermula dari 27 September, di samping beberapa model lain seperti kereta sport konsep Infiniti Emerg-e dan kereta hibrid Infiniti M35h.

Bakal direalisasikan sebagai model produksi, model konsep Infiniti LE dikuasakan motor eletrik berprestasi tinggi dengan kuasa 134PS dan 325Nm tork. Saiznya sekitar 4.7 meter panjang dikira sama seperti saiz Infiniti G Saloon, menyokong kepercayaan Infiniti bahawa sebuah kereta dengan emisi sifar tidak bermakna ianya perlu kecil.

Menurut Infiniti, kereta konsep Infiniti LE sememangnya sebuah kereta mewah dalam erti kata yang sebenar. Saksikan galeri imej ringkas ‘The Infiniti LE Concept’ di bawah.








sumber


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top