Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.
KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.
Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.
Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.
Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.
“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.
“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.
“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.
Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.
Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.
“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.
“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.
Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.
“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya
sumber
hmm ambil la iktibar. jgn bt lg sudah
BalasHapussblm bt xpk dlu..
BalasHapusingatlah wahai wanita..
BalasHapusemm,dia msti akn igt tu smpai bila2
BalasHapusHow to make money online in simple steps??
BalasHapusRM0.15 per click..It's free..
R ur ready for challenge??
Fast action, fast result :)
http://iklansticky.com/hop.php?ref=yuliatimy
ingat la..lelaki semua jahat!!!!!!!
BalasHapuskite hnye insan yg lemah dcc allah..
bkn dcc jantan joghos!!
add my wechat JUEMMA88
(UTK PPUAN SHJ..LELAKI XDILAYAN TQ..
ingat la..lelaki semua jahat!!!!!!!
BalasHapuskite hnye insan yg lemah dcc allah..
bkn dcc jantan joghos!!
add my wechat JUEMMA88
(UTK PPUAN SHJ..LELAKI XDILAYAN TQ..
Salah statement tu..kalau dilabelkan semua lelaki jahat..jgn lupa..ayah anda jgk seorang lelaki..mungkin silap pada kedua2 pihak..jgn mudah nak label orang macam tu.
BalasHapusSama2 gatal la tu..tepuk sebelah tangn x bunyi kn???
Hapusvangang yg ckp lelaki jahat tu, abis bpk kau pakcik kau atok kau tu semua lelaki kan? abis nnti suami kau pun kau nk ckp jahat lah? nnti kau nk kahwin dgn lelaki jgak kan, tak kan nk kahwin dgn perempuan. bodoh betul lah, aku lelaki, aku terasa jgakk, ckp tu mcm sial, haishh, tu lah, otak singkat sgt, bpk bgi duit, hntar pi sekolah blajar, jgn jadi biol, -_- buat lah anak kau nnti dgn pempuan, lagi nabi tak mgku umat sejenis ni, . sengall~ -_-
BalasHapus*buat lah anak kau nnti dgn pempuan, kalau lah dpt anak . . . .mu nk buat anak nnti dgn lelaki jgak, tu lah, ckp tak serupa bikin, pastu dok promote2 wechat plak, tak batak lah wechat mu, bajethott , .
BalasHapusjgn jd bodoh lah...pemikiran singkat lah..fikir lah dahulu sebelum cakap..bak kata pepatah kerana mulut badan binasa
BalasHapus