Fazura ,Si cantik jadi langsuir
SEBUT sahaja nama Fazura, pasti ramai yang terbayangkan kejelitaan aktres wanita yang sering mendapat perhatian peminatnya.
Namun sejak akhir-akhir ini, wajahnya jarang sekali dilihat di kaca televisyen mahupun pawagam setelah penampilan terakhirnya dalam filem ‘Bujang Terlajak’ ditayangkan.
Setelah lama menyepi daripada karier lakonannya, Fazura kini bakal kembali beraksi di layar perak menerusi filem terbaru ‘Kami Histeria Glamor Sampai Nak Mati’ tidak lama lagi.
Mengakui teruja dengan lakonan itu, pelakon cantik ini berusaha keras untuk menampilkan kelainan untuk menghiburkan peminat yang lama menantikan kemunculannya.
Menerusi filem itu, Fazura bakal membawa watak sebagai langsuir dan pastinya bakal menampilkan lakonan yang berbeza berbanding sebelumnya.
Selain lakonan, Fazura mengatakan dia telah merancang untuk membuka cawangan baru perniagaan butiknya, House Of Doll untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda