Penggunaan Facebook “Like” dan Twitter “Tweet” button membolehkan pembaca sesebuah blog atau laman web berkongsi dengan rakan-rakan. Tapi apa yang tak disangka mereka juga membiarkan laman media sosial tersebut mengesan para pengguna walaupun mereka tak klik pun button “Like” dan “Tweet” (menurut satu kajian yang dilakukan oleh The Wall Street Journal).

Jika korang melawat sesebuah laman web atau blog yang ada butang “Like”, Facebook tahu yang korang sedang melawat/membaca. Butang tu jugak boleh link-kan pengguna kepada profile sosial media mereka yang mana mengandungi maklumat tentang mereka.

Ia akan tetap jejak walaupun anda tak klik
Selagi korang login ke akaun Facebook atau Twitter dalam satu bulan terakhir, data korang telah dikumpul, walaupun korang tak klik button. Pengesanan (trackings) akan berhenti hanya bila pengguna log keluar dari akaun Twitter dan Facebook mereka.

Ini kes bila korang tak pernah delete browsing data dalam web browser. Selagi korang tak delete browsing data atau tak log keluar, Facebook dan Twitter dapat kesan maklumat korang. Langkah selamat adalah set-kan browser korang automatik delete browsing data bila korang tutup browser.

Adakah Facebook gunakan maklumat yang mereka kumpul?
Facebook, Twitter, Google dan lain-lain mengatakan bahawa mereka tak gunakan data untuk mengesan pengguna. Mereka kata data yang terkumpul adalah sebagai “anonymized” jadi ia tak dapat mengesan pengguna tertentu. Facebook mengatakan mereka hanya gunakan data hanya untuk mensasarkan iklan kepada pengguna. Rangkaian sosial media menyimpan data selama tiga bulan. Twitter pula mengatakan mereka tak gunakan data yang terkumpul dan menghapuskan data tersebut serta merta.

Bagaimana untuk mengurangkan trackings?
Jika korang risau akan hal ni, korang perlu log out dari laman sosial tersebut setiap kali selesai kerja korang. Seperti yang saya cakap tadi, korang kena set-kan browser untuk automatik delete browsing data bila korang tutup browser yang digunakan.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top