DUNGUN – Seorang doktor lelaki sanggup menodai tugas murninya apabila bertindak melakukan seks oral ke atas pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tindakan rakus doktor bernafsu songsang itu membawa padah apabila dia ditampar pesakit lelaki terbabit yang naik berang dengan tindakan luar batasan pengamal perubatan itu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.45 petang 17 September lalu di salah sebuah klinik swasta di Bandar Dungun ketika pesakit berkenaan yang juga seorang posmen datang untuk mendapatkan rawatan di klinik terbabit.

Menurut mangsa, sebaik namanya dipanggil, dia masuk ke bilik rawatan lalu doktor berusia lewat 20-an yang difahamkan bekerja secara sambilan di klinik itu bertanyakan beberapa soalan sebelum mengarahkan posmen yang masih bujang itu menanggalkan seluarnya untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun mangsa yang difahamkan bertugas di Pejabat Pos Dungun itu terkejut apabila doktor terbabit bertanyakan beberapa soalan berkaitan seks, selepas melakukan pemeriksaan pada bahagian dada dan perut menyebabkan ia rasa kurang senang dengan tindakannya.

Ketika berada di atas katil dalam bilik rawatan juga, tiba-tiba doktor yang difahamkan masih bujang itu bertindak luar dugaan dengan memegang kemaluan mangsa sebelum melakukan seks oral.

Mangsa yang terkejut dengan perilaku itu kemudiannya bertindak menampar dan menumbuk doktor itu, lalu doktor itu melepaskan kemaluannya dan berlaku sedikit pertengkaran.

Ketika mangsa ingin keluar dari bilik berkenaan, doktor itu dikatakan sempat merayu kepada mangsa agar kejadian itu tidak diperbesarkan dan doktor itu dikatakan sedia menyerahkan telefon bimbit agar pengadu tutup mulut.

Selepas engambil ubat, pengadu dikatakan keluar dari klinik berkenaan lalu pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 8.15 malam pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan polis sedang menjalankan siasatan.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top