KUALA LUMPUR – Segala kata-kata pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang meluahkan hasrat untuk berbaik dengan kakak iparnya, Rita Rudaini langsung tidak Rita percayai lagi.
Menurut laporan Pancaindera minggu lalu, Ayu dan Zaquan tidak lagi mahu bermasam muka dan meneruskan persengketaan antara mereka.
Justeru itu, dia dan suaminya mahu bertemu empat mata dengan Rita dan berbaik seperti sebuah keluarga yang bahagia.
Namun, menerusi laporan Kosmo Online semalam, Rita membalas kenyataan birasnya itu.
Rita telah mempersoalkan keinginan Ayu kerana memikirkan hasrat untuk berjumpa itu dirasakan sudah terlambat.
“Buat apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung.
“Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!” kata Rita.
Pendirian tegas dari Rita juga itu diluahkan menerusi laman Twitter kepada peminatnya yang mempersoalkan kewajaran niat Ayu itu kenapa tidak diluahkan ketika dia dan suaminya, Aidil Zafuan masih lagi mempunyai hubungan baik.
“@ejagilmore masa akk dgn aidil elok dulu,apasal xnk rasa nk brkenalan,dok semeja brgurau senda katanyer?dr situ org ble nilai,” tulis Rita dalam laman Twitternya.
Mengenai kontroversi terbaru yang melanda dalam hidupnya, Rita menjelaskan kenyataan yang dibuat olehnya di Twitter telah disalah anggap oleh semua pihak.
Rita yang memuat naik kenyataan tentang kesulitan wanita ketika hamil telah dianggap ditujukan kepada Ayu Raudhah.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak lelaki itu menjelaskan kenyataan itu diberikan kepada suaminya dan bukanlah orang lain.
“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.
“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.
“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam,” kata Rita yang dipetik dari akhbar Harian Metro, semalam.
Oleh: SORAYA IMAN
Foto: Twitter Rita Rudaini.
sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda