SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, bonus setengah bulan gaji telah diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
“Sebelum ini kita tuntut bonus dua bulan gaji dan setengah bulan kita sudah dapat. Jadi kita harap baki lagi sebulan setengah itu dapat diberikan dalam belanjawan kali ini,”
katanya.
Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar skim perumahan mampu milik akan dibina lebih banyak oleh kerajaan di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman.
“Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000.
“Jadi, kita harap kerajaan juga dapat menentukan harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000 selepas ini,”
katanya.
Omar juga berkata, elaun perumahan RM180 yang ditawarkan ketika ini sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.
Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa wajar untuk memperjuangkan nasib 40,000 pekerja kontrak dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.
Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia.
“Penjawat awam sekarang menikmati faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Perkara ini memang ditunggu oleh penjawat awam jadi kita harap ia diambil perhatian,”
katanya.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda