Dia yang juga seorang perokok tegar turut mengalami masalah pernafasan sejak beberapa tahun lalu.
Richardson pernah menjadi penjenayah yang paling ditakuti di London dan mula membina empayarnya sendiri pada 1950-1960-an dan terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.
Bersama adiknya, Eddie, mereka menubuhkan kumpulan mafia yang terkenal kerana suka menyiksa orang ramai.
Dia akan diingati sebagai penjenayah yang tidak mempunyai belas ihsan dan menyiksa mangsanya dengan memaku mereka di dinding, mencabut gigi mangsa serta memotong jari tangan dan kaki.
Selain itu dia bersama anggota kumpulannya juga akan menyiksa mangsa dengan mengenakan renjatan elektrik.
Mangsa juga akan dicucuh dengan rokok selain dipaksa mencuci sendiri darah mereka.
Selepas itu mangsa akan diminta menyalin baju sebelum dihantar pulang ke rumah mereka.
Kisah hidupnya itu pernah difilemkan pada 2004 dan dilakonkan oleh Luke Goss.
Dia bagaimanapun ditangkap pada 1966 dan dipenjara selama 25 tahun atas tuduhan terlibat dalam penyiksaan, mengugut serta mencederakan orang.
Namun semua tuduhan itu dinafikan Richardson dan dia pernah menawarkan $10,000 kepada sesiapa yang boleh membawa mangsa yang pernah dipakunya itu ke muka pengadilan.
Richardson bersama adiknya, Eddie mula melibatkan diri sebagai penjenayah selepas bapa mereka meninggal dunia.
Akibat kemiskinan hidup, mereka mula beralih kepada kegiatan jenayah.
Dalam pada itu, teman rapatnya, David Fraser sebelum ini mengadu mengalami kesakitan namun takut untuk berjumpa dengan doktor.
“Akhirnya dia pergi juga bertemu doktor namun tidak kembali lagi buat selama-lamanya,’’ katanya yang turut menghabiskan masa di penjara bersama Richardson.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda