ANTARA barisan karyawan yang terlibat dalam Anugerah Blockbuster 2011. Majlis tersebut bakal berlangsung pada 6 Oktober ini.
BUAT pertama kalinya, Anugerah Blockbuster 2011 anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal diadakan pada 6 Oktober ini di Stadium Melawati,
Shah Alam, Selangor bermula pukul 9 malam.
Apa yang menariknya, anugerah ini bukanlah seperti kebiasaan perjalanan majlis anugerah apabila pemenang dipilih oleh pihak juri profesional. Namun, pemenang akan dipilih 100 peratus oleh peminat.
Selepas majlis tersebut diumumkan, timbul satu isu yang menjadi persoalan kepada khalayak iaitu tentang keciciran pelakon berbadan sasa, Adi Putra yang tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.
Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Pansha Nalliah ketika mengadakan sidang akhbar di Hotel Corus, Ampang baru-baru ini punya penjelasan yang tersendiri.
“Sebenarnya kesemua pencalonan dalam setiap kategori, tidak kira sama ada filem mahupun pelakon, adalah pilihan penerbit itu sendiri. Jika penerbit mencalonkan nama pelakon filem mereka dalam sesebuah kategori tersebut, maka pasti ada dalam salah satu kategori.
PERSOALAN tentang nama Adi Putra yang tercicir dalam Anugerah Blockbuster 2011 kerana namanya tidak dicalonkan oleh pihak penerbit.
“Bermakna dalam kes ini, mungkin penerbit tidak mencalonkan nama pelakon tersebut, kerana itu namanya tiada. Keputusan untuk mencalonkan sesiapa atau mana-mana filem memang kita beri 100 peratus kepada penerbit filem itu sendiri kerana sememangnya kuasa terletak di tangan mereka,” jawab Pansha tentang syarat pencalonan anugerah ini.
Sebanyak 14 kategori dan 40 pencalonan dipertandingkan untuk setiap kategori. Peminat berpeluang untuk mengundi secara atas talian dan sistem pesanan ringkas (SMS) bermula 3 September hingga 18 September 2012 untuk mengundi bagi kategori yang dipertandingkan.
Antara filem yang turut tersenarai adalah Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, Kongsi, Hantu Bonceng, Nur Kasih The Movie, KL Gangster, Ombak Rindu dan Songlap.
Anugerah santai, tiada VVIP
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Tuan Direktor Terhebat, Anugerah Filem Kelakar Terhebat, Anugerah Filem Takut Terhebat, Anugerah Hero dan Heroin Terhebat serta Anugerah Watak Penyangak Terhebat.
Melihatkan nama-nama kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Blockbuster 2011 terutama tentang penggunaan penyangak, Pansha menjelaskan anugerah tersebut merupakan sebuah festival yang agak santai dan tidak terlalu mengikut protokol.
Tambahnya lagi, melihatkan sistem undian yang diberi sepenuhnya kepada peminat, ia adalah satu festival yang berbeza dari Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga di bawah PFM.
PANSHA NALLIAH
"Kita mahu beri penonton pilihan kerana kadangkala bagi FFM, penonton merasakan ia keputusan yang tidak menepati pilihan mereka dan tidak selesa dengan pilihan para juri. Jadi kali ini, kami fikir apa kata kita adakan sebuah majlis anugerah yang biasa dan tidak terikat dengan protokol.
“Majlis ini tiada jemputan VVIP. Juri ialah penonton sendiri. Itulah tujuan kami sebenarnya. Namun ia bukan berniat untuk berlawan dengan FFM," tutur Pansha membezakan dua majlis anugerah yang dianjurkan oleh PFM sendiri.
Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mengundi pelakon mahupun filem yang mereka rasakan layak untuk menang kategori yang ada, boleh layari laman rasmi Anugerah Blockbuster 2011 di www.astrogempak.com.my/anugerahblockbuster dan berpeluang mengundi sekali untuk setiap kategori setiap hari. -kosmo
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda