MESKIPUN sedang menjalani penggantungan selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak April lalu, namun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak pernah berhenti bekerja demi untuk memajukan industri bola sepak negeri ini ke satu tahap pencapaian yang boleh dibanggakan.


Bermula dengan usaha keras Annuar untuk memastikan sebuah stadium bola sepak dibina di negeri ini, terbaharu beliau juga menzahirkan hasrat mahu mewujudkan mini stadium dan perkampungan bola sepak The Red Warriors (TRW) di Kok Lanas, Ketereh Kota Bharu dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, supremo bola sepak Kelantan itu juga turut menjelaskan kekeliruan mengenai status terkini mengenai jawatan yang disandangnya ketika ini.

Selain itu, beliau juga mahu berkongsi pandangan menjadikan Kafa, sebuah persatuan bola sepak negeri yang berdaya maju bagi membentuk TRW menjadi lebih mantap menghadapi saingan Liga Malaysia 2013. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top