AHLI keluarga berbincang dengan Rashid Jani (berkerusi roda) yang disaman anak sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, negeri Sembilan semalam.
SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda