Afdlin Shauki Sarankan Mufti Tonton Dulu Filem “Untuk Tiga Hari”
Pengarah filem Untuk Tiga Hari, Afdlin Shauki menyarankan semua pihak termasuk Mufti Perak agar pergi menonton keseluruhan filem berkenaan, sebelum menilai atau menghukum lakonan aktres, Vanidah Imran dengan suaminya yang juga aktor, Rashidi Ishak.
Malah, Afdlin Shauki berkata dia yakin filem yang diadaptasikan daripada novel Ahadiat Aqasha itu tidak langsung melanggar hukum syariat Islam kerana dia terlebih dahulu sudah merujuk kepada pihak yang lebih pakar di dalam bab-bab serta hukum agama.
“Saya tidak tahu hendak komen apa lagi dengan apa yang terjadi dan saya ingin sarankan sebelum semua pihak menilai dan menghukum filem ini, lebih baik mereka pergi menontonnya sendiri.
“Sebelum kami melakukan penggambaran ini lagi saya telah merujuk pihak ulama iaitu yang lebih pakar dalam bidang agama kerana bagi saya kahwin cerai bukan boleh dibuat main-main.
“Malah saya sangat berhati-hati ketika membuat penggambaran babak pelakon dinikahkan supaya ianya tidak sah dilakukan mengikut hukum agama,” katanya ketika ditemui oleh murai.com.my.
Afdlin diminta mengulas mengenai nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini yang menggesa supaya Vanidah dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda